Teknologi dan Pendidikan

Standard

Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam dunia multimedia. Antaranya teks, grafik, audio, video dan grafik. Selain itu, interaktiviti merupakan sebahagian daripada enam elemen yang perlu bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif menerusi penggunaan multimedia. Setiap elemen ini mempunyai peranan yang tersendiri dalam mewujudkan persembahan informasi yang menarik dan berkesan.

  • Teks

Teks secara umumnya merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu. Teks juga merujuk kepada semua jenis simbol, huruf , abjab, nombor, statistik, dan pelbagai jenis tulisan dan fon yang menajdi asas utama bagi penyaluran maklumat masa lampau dan terkini.

  • Grafik

Grafik merujuk kepada kepelbagaian persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik juga dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan pantas walaupun dalam bentuk visual.

  • Audio

Audio atau bunyi merupakan salah satu daya penarik yang sangat berkesan terhadap responden. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada kepelbagaian jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dansebagainya. penggunaan elemen audio juga dapat membantu proses penyampaian persembahan disampaikan dengan lebih berkesan.

  • Video

Video merupakan anatara elemen multimedia yang sangat dinamik dan realistik jika dibandingkan dengan elemen-elemen yang lain. Ia juga merupakan gabungan pelbagai media (teks, grafik, audio dan sebagainya) di dalam satu medium yang sangat berkesan penggunaannya.

  • Animasi

Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ia merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek dapat disampaikan dengan lebih realiti. Animasi juga merupakan antara elemen multimedia yang sangat diminati dan menarik perhatian pengguna untuk mendapatkan sesuatu info denga lebih tepat.

Bahan-bahan Sokongan

Penggunaan ICT semakin menampakkan keberkesanan terhadap guru dan pelajar. Ini dapat dilihat melalui klip video yang dimuat turun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s